Setelah dua tahun menjadi wira tidak didendang dalam memerangi pandemik COVID-19 dan mengharungi pelbagai peristiwa yang mengubah landskap negara, golongan pengamal media khususnya wartawan berkumpul di Melaka, esok.<br /><br />Ia bagi meraikan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022.<br /><br />Bagi mendapatkan perinciannya menjelang sambutan bersejarah buat wartawan di negara ini, kita terus ke Alor Gajah bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Abd Kadir.